Blog Melayu Boleh

Blog Melayu Boleh memaparkan aspirasi, perjuangan, kejayaan dan isu-isu hangat komuniti melayu yang mencipta nama di Malaysia dan di luar negara.Blog Melayu Boleh antara yang Terkini, Terhangat dan Terhebat.Semuanya di Blog Melayu Boleh.

Subscribe
Showing posts with label melayu boleh. Show all posts
Showing posts with label melayu boleh. Show all posts

Perdana Menteri Malaysia Keempat -Melayu Boleh

Posted by Blogger Boys on Tuesday, July 7, 2009

Perdana Menteri Malaysia Keempat- Melayu Boleh





Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya "Che Det") adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.


 


 Melayu Boleh...!!


Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin melayu paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.Beliau juga telah membuktikan bahawa orang melayu juga boleh berjaya dimata dunia.(memang hebat orang melayu-melayu boleh)

Dr. Mahathir dilahirkan di No.18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah pada 20 Disember 1925. Bapanya bernama Mohamad bin Iskandar berketurunan separuh India (anak kepada seorang Malayalee yang berhijrah ke Malaysia dari Kerala, India) sementara ibunya seorang Melayu bernama Wan Tempawan binti Wan Hanafi.Dalam autobiografinya, Dr. Mahathir mengaku bahawa beliau mempunyai keturunan orang India yang mempunyai kaitan dengan Kerala, India (di mana tempat asal orang Malayalee), manakala ibunya adalah orang Melayu yang dilahirkan di Kedah. Walau bagaimanapun, beliau mengganggapkan dirinya sebagai Melayu yang tulen.



 Bapa Pemodenan Malaysia


Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES), kini Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar.





Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.


Article source-rahmanbashri







Rahsia Buat Duit Dengan Youtube 



Related links in Perdana Menteri Malaysia Keempat -Melayu Boleh:


Che Det
Facebook-Tun Mahathir Mohamad  
Wikipedia-Mahathir Mohamad







Stumble It!

Empayar Minda Melayu - Navigator Minda

Posted by Blogger Boys on Friday, June 19, 2009

Empayar Minda Melayu (Navigator Minda)


 


Buku ini akan mengupas persoalan demi persoalan yang telah lama wujud mengenai kelemahan dan kekurangan bangsa Melayu. Melalui pelbagai contoh nyata di seluruh dunia yang diambil berdasarkan fakta yang sahih dan rujukan yang teliti dan mendalam oleh penulis, dan diharapkan dapat membuka minda bangsa Melayu untuk bangkit dari lena dan melangkah dengan semangat serta keyakinan .


Buku setebal 198 mukasurat ini mengandungi lima belas bab ini telah mengupas persoalan yang telah lama wujud mengenai kelemahan dan kekurangan bangsa Melayu. Disertakan pelbagai contoh nyata di seluruh dunia berdasarkan fakta yang sahih dan rujukan yang teliti dan mendalam oleh penulis, buku ini secara tidak langsung telah membuka minda bangsa Melayu untuk bangkit dari lena dan melangkah dengan smangat dan penuh keyakinan.



Bab-bab yang terdapat dalam buku ini :
1.Peluang mutlak di alaf baru
2.Kearah wawasan baru yang cemerlang
3.Semasa pembentukan Amerika Syarikat
4.Semasa pembentukan Israel
5.Semasa pembentukan China Moden
6.Semasa pembentukan India Moden
7.Evolusi manusia di bumi
8.Pembentukan teknologi pemikiran
9.Kuasa penghalang induk minda melayu
10.Agenda tersirat globalisasi
11.Rahsia Penjajah manipulasi minda bangsa melayu
12.Detoksifikasi anotomi minda melayu
13.Neuro cybernetic human success matrik engineering
14.Pasport ke masa depan untuk melayu alaf baru
15.Empayer minda melayu alaf baru


Hanya dengan cara ini sahaja pepatah 'tak kan melayu hilang di dunia' akan menjadi nyata!


"Minda pula boleh dijadikan satu senjata utama pada diri sesorang untuk menguasai sesuatu.Minda yang hebat mampu menghasilkan sesuatu benda dan perkara yang tidak dijangka.Minda juga mampu mengarahkan AURA disekitaran untuk bergabung dan menghasilkan satu OBJEK yang unik."


"Teknik merawat menggunakan Minda ini perlulah melalui proses latihan yang kerap,dari masa kesemasa Minda anda akan hebat dan mampu menghasilkan satu Vaksin yang mampu merawat pelbagai penyakit emosi ketika ini."


"Empayar minda adalah satu satunya jalan penyelesaian sekiranya setiap individu itu berkeinginan yang tinggi dan ingin menjadi mereka yang hebat."


"Tanpa AURA anda mampu berjaya tetapi tanpa MINDA anda sudah pastunya GAGAL dalam apa jua bidang yang diceburi."


Dr Zubir Yahya


TAJUK : Empayar Minda Melayu Alaf Baru
PENULIS : Prof Dato Zubir Yahya
TERBITAN : HR Publishing Sdn Bhd
HALAMAN : 198 Muka Surat
HARGA : RM29.90




Untuk itu kami di Saikosan Sdn Bhd,sebagai pengendali Kursus Intensif Empayar Minda,membuka tawaran yang paling eksklusif ini untuk memberi bimbingan dalam mengejar impian,merungkai serta menyelesaikan masaalah menerusi tindakan positif kearah kejayaan dan pilihan-pilihan dalam kehidupan.
 
 
( klik untuk besarkan imej )
 


Bayaran sebanyak RM300.00 untuk tempahan kursus dan anda layak untuk memenangi 5x10gram emas.Rebutlah peluang ini secepat mungkin kerana tempat yang amat terhad.



Daftar sekarang....atau hubungi Sdra Johar Abd Rahman - 017-7778687  atau Sdri Zue 016-7170769 untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut.






Related links in Empayar Minda Melayu - Navigator Minda :


Saikosan
Empayar Minda Melayu
Mph Online Bookstore
Hijjaz Record Publishing









BuatDuitInternet.com

Stumble It!

Penyanyi No 1 Asia - Tribute To Sudirman (Melayu Boleh)

Posted by Blogger Boys on Monday, June 1, 2009




Penyanyi No 1 Asia - Tribute To Sudirman (Melayu Boleh)





Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1955-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi melayu yang terkenal di Malaysia, Dikatakan penghibur nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Beliau telah diberi jolokan sebagai Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia.


Sudirman dilahirkan pada tahun 1954 di Temerloh, Pahang. Anak kepada Haji Arshad yang merupakan seorang bapa penoreh getah bersebelahan dengan rumahnya. Pada tahun 1980 Sudirman telah menerima ijazah doktor falsafah undang-undang dari Universiti Malaya (UM).







 

Semasa hayatnya Sudirman pernah memenangi anugerah Bintang RTM tahun 1977. Beliau pernah membintangi filem Kami sebagai Tookoo (berbunyi "Tuku"). Pada tahun 1986 Sudirman telah mengadakan persembahan konsert sulungnya dihadapan 100,000 orang penonton di Chow Kit, Kuala Lumpur. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Chow Kit Road.



 
Konsert Di Chow Kit Road,Kuala Lumpur 

Tahun 1989 merupakan hari bersejarah bagi rakyat Malaysia apabila Sudirman telah dinobatkan sebagai Anugerah Penghibur Terbaik Asia tahun 1989 di Royal Albert Hall, London. Beliau kini dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai anak melayu yang menjadi Penghibur nombor 1 negara dan Asia.


Tanggal 22 Februari 1992, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya di Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit pneumonia. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr Mahathir Mohammad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan melayu tanah air. Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Temerloh.




 

Tribute To Sudirman” yang akan berlangsung pada 5hb sehingga 7hb Jun 2009 dengan kerjasama Istana Budaya. Konsert yang dijayakan oleh beberapa artis tempatan tanahair ini akan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Ia akan menampilkan lagu-lagu hits daripada Allahyarham Sudirman Hj Arshad.Konsert ini diadakan bagi mengenang jasa-jasa Allahyarham Sudirman Hj Arshad di persada seni Negara, dengan anugerah dan pencapaian Allahyarham semasa hayatnya. Anak melayu yang berjiwa seni, yang tidak boleh ditukar ganti, yang sentiasa diingati setiap kali lagunya berkumandang diradio sehingga masakini. Ianya satu penghormatan besar kepada Allahyarham Sudirman Hj Arshad.Konsert ini juga direka bersesuaian dengan peminat muzik Allahyarham Sudirman Hj Arshad ketika hayatnya masih ada. Diharap dengan adanya konsert ini,jasa-jasa Allahyarham Sudirman Hj Arshad dipersada hiburan melayu akan dikenang dan berada di hati peminatnya sampai bila-bila.Al-Fatihah....!!





Penyanyi No 1 Asia - Tribute To Sudirman (Hindi Song)


 

  Penyanyi No 1 Asia - Tribute To Sudirman (Salam Terakhir)


Allahyarham Sudirman Hj Arshad antara anak melayu yang berjaya dimata dunia...melayu boleh...!!












Related links in Penyanyi No 1 Asia - Tribute To Sudirman (Melayu Boleh):



Tribute To Sudirman Hj Arshad
MySpace-Sudirman Hj Arshad
The Star OnLine
Box Office Malaysia




Stumble It!

Seniman Melayu Terunggul -Tan Sri P.Ramlee

Posted by Blogger Boys on Sunday, May 31, 2009


Seniman Melayu Terunggul - Tan Sri P.Ramlee







Jumaat 29 Mei 2009, genaplah 36 tahun pemergian seorang bintang dan seniman lagenda melayu, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Pemergiannya pada Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun, kini telah meninggalkan impak yang sangat besar terhadap industri hiburan dan perfileman melayu. Lagu-lagu ciptaannya serta filem-filem arahan dan lakonannya seringkali dijadikan kajian di beberapa universiti dan kolej perfileman. Bukan setakat itu sahaja, kebanyakkan filem-filemnya di ulang siar di beberapa saluran tv tempatan, samada tv1, tv3, tv9 dan astro.








Secara peribadi...entry ini khas untuk memperingati dan menghargai jaga Seniman Agung Melayu- Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam bidang muzik dan persada seni tanahair.Kesenimanan beliau ternyata kini telah memberikan warna dan corak yang gemilang pada dunia perfileman melayu suatu ketika dulu.Semasa hayatnya, P.Ramlee tidak pernah mendapat penghargaan sewajarnya atas segala jasa dan pengorbanan beliau dalam dunia seni tanahair.Sesudah beliau bersemadi di alam baqa, barulah masyarakat sedar betapa besarnya khidmat yang beliau curahkan dalam memperkayakan khazanah seni negara bukan sahaja dengan karya yang bersifat malar segar malah telah diakui melalui kajian-kajian yang dilakukan sepanjang masa diperingkat nasional dan juga peringkat antarabangsa.Mungkin agak keterlaluan untuk mengatakan bahawa P.Ramlee  adalah seniman yang tiada tandingannya namun satu hakikat yang perlu diakui ialah sehingga hampir 35 tahun pemergiaannya, masih belum ada seorang insan seni yang mempunyai bakat yang serba boleh dalam pelbagai bidang – pelakon, pelawak, pengarah filem, penulis lirik, penggubah lagu dan pemain  muzik.


Rumah Kelahiran Seniman Agung Melayu - Tan Sri P.Ramlee



 Semasa di Jalan Ampas sejak bermulanya penglibatan P.Ramlee dalam bidang muzik dan seni lakon, lagu-lagu nyanyian beliau mula diminati seawal tahun 50-an.  Lagu-lagu melayu yang menggunakan suaranya dalam filem oleh hero pada masa itu seperti S Roomai Noor, contohnya Juwitaku Sayang dari Filem Pembalasan (1950) menjadi siulan anak-anak muda di Tanah Melayu dan Indonesia pada ketika itu.  Dalam bidang muzik, P.Ramlee banyak belajar daripada komposer-komposer terkenal seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, Yusoff B dan Osman Ahmad. 



 
Kad Pengenalan Seniman Agung Melayu -  Tan Sri P.Ramlee



Sebenarnya bila berbicara mengenai kegemilangan filem melayu di zaman 50-an hingga 60-an, seniman-seniman dan seniwati-seniwati yang seangkatan dengan P.Ramlee tidak harus ditinggalkan.   Sekadar menyebut beberapa nama seperti Ahmad Mahmud, Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar, Salleh Kamil, Aziz Sattar, Haji Mahadi, S Shamsuddin, Daeng Idris, Udo Umar, Ahmad Nisfu, Ibrahim Hassan, H M Busra, Ali Fiji, Ahmad C dan A Rahim (sekadar menyebut beberapa contoh) manakala seniwatinya pula seperti Normadiah, Saadiah, Rahmah Rahmat, Hasyimah Yon,  Sarimah, Zaiton dan Saloma juga perlu disentuh peglibatan mereka dalam dunia perfileman semasa era kegemilangan filem melayu di Jalan Ampas.



Melodi yang sama...versi yang berbeza...!!


A Tribute To The Legend - Nujum Pak Belalang







A Tribute To The Legend - Seloka Belalang




P.Ramlee dan khazanah karyanya dalam bidang muzik dan filem yang begitu banyak tidak boleh dianggap sebagai nostalgia semata-mata. Ini kerana P. Ramlee kepada generasi hari ini melampaui sebuah nostalgia.P.Ramlee semacam telah mendokumentasikan banyak isu-isu sosial pada zamannya dan boleh dijadikan rujukan untuk melihat kematangan berfikir seorang seniman yang merentasi hidup penuh warna.Pemergian P.Ramlee 36 tahun lalu memang sukar untuk dilupakan. Apabila tiba saja 29 Mei maka bertambah lagi setahun pemergian seniman agung itu.Angka 36 tahun mungkin terlalu lama bagi kita. Namun selama mana angka itu terus berganjak, ingatan terhadap P. Ramlee tidak luput dalam ingatan peminat-peminatnya.



Itulah keistimewaan yang dikecapi oleh insan hebat sepertinya. Setiap tahun ada sahaja acara dan sambutan dibuat untuk menghargai jasa yang telah dicurahkan selama ini.Jasa seorang anak melayu yang serba boleh dalam memartabatkan industri perfileman melayu.











Related links in Seniman Melayu Terunggul-Tan Sri P.Ramlee:








Stumble It!

Jutawan Internet Melayu

Posted by Blogger Boys on Friday, May 29, 2009

Jutawan Internet Melayu





Bekerja hanya dari rumah dan berupaya mendapat pulangan yang besar sehingga mampu bergelar jutawan, begitulah yang dapat digambarkan tentang kerjaya seorang usahawan Internet. Benarkah ia semudah yang disangka?

NAMA sebenarnya ialah Noor Irfan Khairi Noor Azmi. Dilahirkan pada 17 Disember 1976. Setelah tamat pendidikan tinggi di United Kingdom, beliau berkhidmat dengan Netmedia (UK) Ltd. Birmingham sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet. Beliau memulakan perniagaan sambilan di Internet pada 1999.

Selepas setahun beliau menumpukan kerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa tiga tahun beliau memperoleh untung bersih RM1 juta daripada modal awal RM500 ketika berusia 25 tahun. Beliau menulis buku, Rahsia Internet.com: Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar atau Secrets of Internet Millionaires Revealed buku pertama Malaysia dilancarkan di Oxford, UK. Pada 2006 beliau menerima anugerah Young Innovation Award dari Oxford Association of Management, UK. Di samping menjadi kolumnis beberapa majalah tempatan, mengendalikan seminar dan ceramah.



Gaya Seorang Jutawan Internet Melayu




SEBAGAI usahawan Internet, Irfan dan komputer riba bagai tidak boleh dipisahkan.

DIA tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja setiap hari. Dia juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan meski dia sebenarnya seorang peniaga. Perniagaannya juga begitu hebat kerana hanya dalam masa beberapa tahun mampu membuatkannya bergelar jutawan, satu gelaran yang diidami ramai.

Itulah secebis kisah mengenai seorang pemuda yang baru berusia awal 30-an, Irfan Khairi yang menceburi perniagaan Internet. Menurut Irfan, dia memerlukan tempoh tiga tahun sahaja untuk bergelar jutawan. Percaya atau tidak, dia hakikatnya meraih gelaran tersebut ketika berusia 25 tahun, iaitu kira-kira tujuh tahun lalu.

Dia sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa Internet bukan sekadar wahana untuk mengaut informasi atau saluran untuk berhibur, tetapi juga medan untuk ‘membuat duit’.

Bukan ‘membuat duit’ seperti terlibat dengan skim cepat kaya atau pelaburan yang tidak sah, ia sebaliknya satu perniagaan yang sama seperti perniagaan lain, menjual barangan atau perkhidmatan. Bezanya, ia menerusi perantaraan Internet.

Mula melangsungkan perniagaan Internet pada tahun 1999 ketika masih menuntut di Universiti Staffordshire, Britain dalam bidang reka bentuk multimedia, Irfan Khairi mengusahakan perkhidmatan mereka bentuk kulit buku, laman web, logo, banner dan produk seperti buku dan peta Malaysia.

“Alhamdulillah, selepas tiga tahun mengusahakan perniagaan Internet, saya berjaya meraih RM1 juta menerusinya sahaja,” kata Irfan, 32, ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Irfan mengambil keputusan meninggalkan pekerjaannya sebagai perunding multimedia di sebuah syarikat terkenal di Britain setelah melihat dia mampu memiliki pendapatan yang jauh lebih baik menerusi perniagaan Internet.

“Sebenarnya, ketika memulakannya lagi saya sudah yakin yang cara ini akan berjaya. Semakin mengujakan apabila saya lihat tempahan datang dari merata tempat di dunia. Misalnya dari Amerika Syarikat, Jepun dan Australia,” kata anak kelahiran Ipoh, Perak ini.

IRFAN bekerja keras untuk memajukan perniagaan Internetnya.

Tambahnya lagi, kini dia, komputer dan Internet ibarat tidak boleh dipisahkan. Dalam milikannya sahaja, ada lima buah komputer.

Bunyi kerjanya seakan mudah. Sebahagian besar masa di rumah dan hanya menghadap komputer untuk mengakses Internet. Adakah ia sesenang yang disangka?

Irfan menegaskan: “Saya bekerja keras untuk dapatkan ini. Bukan goyang kaki sahaja.”

Ceritanya, dia bekerja dari pagi sampai ke malam dan dari Isnin sampai Ahad. Selain itu, dalam tempoh tiga tahun itu terutamanya, dia selalunya cuma tidur tiga hingga empat jam, selebih masanya bersengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tempahan-tempahan grafik dan sebagainya.

“Malahan, pada tahun pertama saya memulakannya, saya sekadar dapat tiga orang pelanggan! Tapi saya tidak berputus asa dan memperbanyakkan membaca buku mengenai perniagaan Internet dan menghadiri ceramah-ceramah berkenaan perniagaan Internet.

“Hasilnya, mulai tahun kedua saya mampu mendapatkan RM2,000 ke atas sehari.”

Pengalamannya itu sendiri boleh menjadi ukuran akan potensi perniagaan Internet pada masa ini.

“Bayangkan, yang saya boleh dapat RM2,000 sehari itu ketika perniagaan melalui Internet belum berkembang. Pada masa itu, pengguna Internet hanya 500 juta orang.

IRFAN turut berkongsi rahsia kejayaan dengan menulis buku.

“Tetapi kini pengguna Internet adalah 1.3 bilion dan sudah tentu perniagaan ini mampu memberikan pulangan yang besar buat pengusahanya.

“Lagi pula, sekarang perniagaan atau urusan juga sudah semakin sebati dengan Internet. Bayar saman pun sudah boleh secara dalam talian,” katanya sekali gus berbicara soal potensi perniagaan Internet.

Pada masa ini, Irfan mempunyai lima buah laman web antaranya rahsiainternet.com, ideabubble.com dan slash.com.my.

Jelas Irfan lagi, kelebihan perniagaan Internet adalah dari segi bekerja di rumah dan kos yang rendah.

“Kalau kita meniaga di kedai, paling kurang hendak kena bayar sewa tapak, mungkin RM1,000 sebulan. Namun untuk perniagaan Internet anda cuma perlu memperuntukkan RM15 sebulan untuk sewa letak laman web atau web hosting. Selebihnya mungkin bayaran penggunaan Internet, telefon dan elektrik.

“Masa di rumah juga lebih banyak, dan dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. Saya pun tidak ada orang gaji,” kata lelaki yang sudah berumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata ini.

Menyentuh sedikit tentang personalitinya, apa yang boleh dikatakan, dia nampak begitu bersederhana. Pendek kata, gelaran jutawan tidak mengubah dirinya dan dia masih seperti dulu.

Dia selesa berbaju T ketika ditemui tempoh hari dan kenderaan mewah seperti BMW atau Mercedes bukan dalam senarai milikannya.

“Mahu kaya bukan kerana mata duitan. Tetapi kerana ia mampu membantu kita dalam kehidupan. Contohnya, membantu kita untuk mendapatkan rawatan yang terbaik bila sakit dan membantu kita mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya.

Apa pun, sesuatu itu tidak mungkin bisa terjadi tanpa minat yang mendalam dan dorongan motivasi yang ampuh. Irfan telah menanam dalam diri untuk menjadi jutawan pada usia 30 tahun ketika berumur 18 tahun lagi.

Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-buku motivasi sejak usia remaja lagi. Buku seperti Think and Grow Rich oleh Napoleon Hill adalah antara buku yang telah memberinya inspirasi.

Penglibatannya dalam perniagaan Internet juga banyak disumbangkan oleh minatnya menjadi ahli perniagaan yang terpupuk sejak mengikuti pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Lukisan serta seni reka pula sememangnya telah menjadi kegemarannya sejak kecil lagi dan semakin bercambah apabila melanjutkan pengajian multimedia di Britain.

“Misi saya kini ialah untuk memberi motivasi kepada orang lain agar mereka dapat mencari kekuatan diri sendiri dan menggunakannya untuk membuat duit,” katanya yang telah menulis beberapa buku, mengadakan ceramah perniagaan Internet, mempunyai program di radio dan televisyen.

“Berniaga sememangnya kunci untuk menjadi kaya dan dianggarkan 74 peratus jutawan dunia datang daripada bidang perniagaan. Perniagaan Internet pula mempunyai potensi yang amat besar untuk berjaya.

“Cuma cabarannya ialah bagaimana untuk kita meyakinkan khalayak tentang produk dan perkhidmatan kita kerana kita tidak bersemuka dengan mereka dan mereka tidak boleh memegang atau merasa produk kita. Mereka hanya boleh melihat fotonya di monitor komputer,” ujarnya.












Related links in Jutawan Internet Melayu:


 Perniagaan,Kewangan Dan Motivasi 
Rahsia Internet.com 





Stumble It!

SEO - "Melayu Boleh"

Posted by Blogger Boys on Thursday, May 28, 2009

SEO - "Melayu Boleh"







Cabaran SEO Melayu Boleh 2009 ini menawarkan hadiah yang agak LUMAYAN berupa wang TUNAI RM500 dan hadiah-hadiah yang lain terutama kepada pemenang tempat pertama. Syabas Bro Inspiration.... usaha anda telah membuka jalan kepada ramai lagi terutamanya orang Melayu untuk belajar seo secara tidak langsung.Melayu Boleh dan cabaran SEO-2009...dari keputusan enjin carian Google pada hari ini 29/05/2009,malangnya blog saya masih tiada dalam senarai Top 10 dengan kata-kunci Melayu Boleh....menang atau kalah, bukan tujuan utama saya......apa yang penting saya dapat belajar dan menimba ilmu dari pakar-pakar SEO Malaysia tentang teknik-teknik menaikkan ranking blog atau web....!!!




Pertandingan Cabaran SEO- Melayu Boleh ini dianjurkan oleh Bro Inspiration dari Forum Jombincang,dengan tujuan utamanya untuk menghapuskan site atau blog-blog lucah yang menggunakan kata kunci Melayu Boleh,Melayu Best dan Melayu 3gp, kerana website atau blog-blog inilah yang akan membuatkan nama melayu tercemar.Disebabkan itulah saya memberanikan diri menyahut cabaran dalam usaha untuk menghapuskan laman web atau blog-blog Melayu Boleh lucah yang dahulu dan sama-sama mengharumkan kembali nama Melayu Boleh dengan meletakkan artikel tentang kehebatan orang melayu, Kejayaan Anak Melayu dan keagungan bangsa Melayu di mata dunia. InsyaAllah.




melayu boleh, melayu 3gp, melayu seks, melayu lucah, melayu boleh collection, melayu seksi

Istilah-istilah diatas adalah antara istilah yang popular sering dicari di internet, ianya kerap dicari bertujuan untuk mencari bahan-bahan lucah yang berkaitan dengan Melayu.



Istilah 'melayu boleh' yang pernah digunakan oleh sebuah laman web yang menghimpunkan bahan lucah melayu, kini digunapakai oleh laman-laman web yang sedemikian rupa bagi memudahkan dijumpai melalui enjin carian seperti Google,Yahoo dan Msn.




Memang dari dulu lagi kata kunci melayu boleh ini sering dikaitkan dengan perkara-perkara yang lucah, contoh kata kunci yang dikaitkan dengan laman web lucah adalah seperti melayu seks, melayu lucah, melayu panas, melayu best, melayu 3gp, melayu boleh.com dan banyak lagi.Jika perkara ini tidak diperbetulkan dari sekarang,maksud dan erti sebenar melayu boleh akan lebih kepada web atau blog-blog porno.Syabas lagi sekali buat Bro Inspiration dan para peserta Cabaran SEO Melayu Boleh 2009...moga ianya meberikan iktibar dan panduan dari segi maksud sebenar melayu boleh kepada keturunan atau generasi yang akan datang.






Apa pun saya akan cuba sebaik mungkin untuk menaikan ranking blog ni.Insyaallah....!!













Related links in SEO - "Melayu Boleh" :



Google.com-Melayu Boleh
Yahoo.com-Melayu Boleh
Msn.com- Melayu Boleh
AltaVista.com-Melayu Boleh



Stumble It!

Jaguh Lumba Basikal Melayu

Posted by Blogger Boys on Thursday, May 7, 2009

Jaguh Lumba Basikal Melayu




 

Melayu Boleh.....!!
Mohd Azizul Hasni Awang membuktikan orang Melayu Boleh jadi Jaguh Lumba Basikal Dunia apabila memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada Januari 2009 lalu.Anak kelahiran Terengganu ini sememangnya mempunyai bakat yang sangat besar dalam acara lumba basikal.






Biodata Ringkas Azizul Hasni:


Nama : Mohd Azizulhasni B. Awang
Nama Glamour : Pocketrocketman
Tarikh Lahir : 5 January 1988 (1988-01-05) (age 21)
Negara : Malaysia
Tinggi : 1.70 m
Berat : 70 kg

Kemasyhuran, gelaran Asia, pingat perak Kejohanan Trek Dunia dan ganjaran ribuan ringgit daripada pelbagai pihak sudah diperoleh tetapi selagi dada belum berisi dengan pelajaran yang tinggi, Azizulhasni Awang masih berasa dirinya belum lengkap.

Malah menyedari kepentingan ilmu akademik sebagai penjamin masa depan, jaguh berbasikal kelahiran Dungun, Terengganu ini bertekad untuk mendapatkan segulung ijazah Sarjana Pengurusan Sukan di Universiti Deakin, Melbourne, Australia dalam tempoh empat tahun dari sekarang.

Tanpa sesekali melupakan sesi latihan dan penyertaan kejohanan di bawah Program Jalan Ke London 2012 demi emas sulung Olimpik Malaysia, pelumba cilik ini akan memulakan pengajian awal Jun depan.

Misi antarabangsa berikutnya ialah Grand Prix Jerman di Cottbus, Jun ini namun penyertaan pada Kejohanan Asia di Kalimantan, Indonesia (Julai) bagi mempertahankan gelaran masih menjadi tanda tanya kerana dikatakan mahu memberi laluan dan pendedahan pelumba pelapis.














Syabas dan tahniah untuk Azizul,antara anak melayu yang berjaya di mata dunia....!!






















Related links in Jaguh Lumba Basikal Melayu :




Blog Azizul Hasni Awang 
Azizul Hasni Awang - Facebook 










BuatDuitInternet.com



Stumble It!

Orang Melayu Ke Angkasa

Posted by Blogger Boys on


Orang Melayu Ke Angkasa

 
Melayu Boleh ..!!!


Tanggal 10 Okt 2007 adalah hari bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia. Walaupun China dan Jepun adalah bangsa Asia sedikit terlebih dahulu melahirkan angkasawan, namun tidak ada kurangnya kita yang kini telah meletakkan nama sebaris dengan negara-negara lain yang meneroka angkasa lepas.

Bangsa Melayu sebagaimana bangsa-bangsa lain (seperti juga orang Amerika semasa Amstrong mendarat di bulan dahulu) akan berasa sangat teruja bercampur bangga apabila mampu menyaksikan sendiri sejarah itu. Dan sebagai orang Islam, bukan teruja dan bangga sahaja tapi juga syukur dan insaf kerana berpeluang menyaksikan kebesaran Allah SWT yang berada di luar dari Bumi.

Doktor bedah ortopedik berusia 35 tahun dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berasal dari Seremban itu telah berada 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Beliau berlepas bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome pada pukul 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia).



 
Muzaffar,Malenchenko dan Peggy Whitson


Dr. Sheikh Muzaffar juga berkata,dalam entri terakhir sebelum beliau berangkat ke ISS, terasa begitu terharu, tersentuh dan membara pabila membaca ucapan beliau, saya kongsikan ia di sini ..




    To all my beloved Malaysians,

    Today will be my last night on earth before launching to space on the Soyuz capsule. I am very excited for this historic moment. I am very relaxed and calm even to this day. Why ?

    For I know that this is what I have dreamt of since I was 10.
    This is for all the Malaysian people thriving for success.
    This is for all the scientists who has worked hard for the experiments.
    This is for my beloved UKM , MRSM Muar and St. Paul.
    This is for MOSTI and ANGKASA for making this programme a success.
    This is for all the people who believed in themselves.
    This is for those who want to make changes for the better of mankind.
    This is for all the youth hoping to change their mindset.
    This is for all the schoolchildren who will be leaders in the near future.
    This is for all the Malaysian who have believed in the angkasawan programme.
    This is for all the Muslims all over the world.
    This is for all parents who raise their kids to become great achievers.

    And most importantly this is for both my mom and dad who has made me what I am today , who believed in me right from the very beginning and whom have never given up hope in me. Never ever. Thank you Abah & Umi for your blessing and for allowing me to go to space. This is all for you Malaysia !Start dreaming big and believe in them. One day it will become a reality. It took me 25 years to fulfill my dream. And if I could do it, I truly believe you could too!

    Thank you for all your support.
    Love you Malaysia!

    Wassalam
    Dr Sheikh Muszaphar
    Angkasawan Malaysia




Tidak dinafikan program penghantaran angkasawan banyak manfaat kepada negara, walaupun ada segelintir pihak yang masih bersikap sinis dan memandang rendah program ini. Impak program ini begitu besar, ramai kanak-kanak dan pelajar ingin menjadi angkasawan, ini seterusnya menambah minat mereka terhadap sains dan matematik. Kini kesedaran orang ramai tentang angkasawan dan bidang sains dan matematik semakin meningkat.

Walau apa pun...Tahniah kepada Malaysia kerana sudah mampu mencatat sejarah menghantar angkasawan yang berbangsa melayu ke ruang angkasa. Tahniah Malaysia dan Melayu Boleh....!!











Related links in Orang Melayu Ke Angkasa :




National Angkasawan Programme





BuatDuitInternet.com

Stumble It!

Melayu Boleh - Shalin Zulkifli

Posted by Blogger Boys on Wednesday, May 6, 2009


Melayu Boleh - Shalin Zulkifli




Shalin Zulkifli (lahir 28 Mac 1978 di London, England) ialah seorang pemain boling 10 pin profesional berbangsa Melayu dan bekas pemain Nombor 1 Asia. Beliau pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa, dan beberapa kali dalam kerjaya beliau menduduki kedudukan #1 pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia.

Shalin lahir di North Islington dan menghabiskan zaman kanak-kanak beliau di Kuala Lumpur. Beliau mula bermain boling ketika berusia 9 tahun dan menyertai pasukan boling kebangsaan pada akhir 1980-an.Pada tahun 1991 beliau digelar Olahragawati Muda Harapan Selangor, dan pada tahun 1994 menjadi pemain termuda dan rakyat Malaysia pertama untuk menjuarai Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars.

Shalin memegang ijazah dalam Sains Sukan yang mengkhusus dalam Psikologi dan Latihan Sukan. Kini, beliau memiliki dan mengendali sebuah gelanggang boling 10 pin di The Curve.

Antara penghargaan dan kejayaan yang diterima beliau ialah:

        * Anugerah Olahragawati Malaysia (1997, 1996, 1994, 2001 & 2002)
    * Juara Kebangsaan Malaysia (1996, 2001, 2002 & 2003)
    * Anugerah Olimpik Malaysia (1994 & 1999)
    * Kedudukan Nombor 1 Asia (2000, 2001, 2002 & 2004)
    * Pemain Boling Antarabangsa Tahun (2002)
    * Masukan Hall of Fame Boling Antarabangsa (2004)

Kejayaan

1994

    * Kent Malaysian All-Stars - Juara Terbuka Wanita

1996

    * 2nd World Tenpin Team Cup (Calgary, Kanada) - Pingat Gangsa & Undian MVP
    * Piala Dunia AMF (Ireland Utara) - tempat ke-2

1998

    * Piala Dunia AMF (Kobe, Jepun) - Rekod untuk layak ke 3 peringkat akhir step ladder berturut-turut; tempat ke-3 keseluruhan

1999

    * Kejohanan Belia Asia (Singapura)
          o Pingat Emas Bergu
          o Pingat Emas Pasukan
    * Sukan SEA (Brunei)
          o Pingat Emas Bergu
          o Pingat Emas Kumpulan Bertiga
          o Pingat Emas Pasukan
          o Pingat Emas Semua Acara
          o Pingat Emas Masters
          o Pingat Gangsa Perseorangan

2001

    * World Tenpin Masters (Essex, England) - Juara Wanita Pertama
    * Sukan SEA (Malaysia)
          o Pingat Emas Perseorangan
          o Pingat Emas Semua Acara
          o Pingat Emas Kumpulan Bertiga
          o Pingat Emas Pasukan
          o Mencatat 8 Rekod Sukan SEA baru
    * Terbuka Kota Kinabalu - Juara perseorangan

2002

    * Terbuka Antarabangsa Thailand - Juara Masters Terbuka Wanita
    * Terbuka Antarabangsa Filipina - Juara Wanita

2003

    * World Tenpin Team Cup - Juara Pasukan Wanita
    * Kejohanan Boling Tenpin Sedunia - Pingat Emas Pasukan Berlima Wanita
    * Terbuka Santa Claus - Tempat ke-2
    * Asian Bowling Tour Grand Slam - Juara Wanita
    * Asian Bowling Tour (pusiangan Filipina) - Juara Wanita
    * World Tenpin - Pingat Emas Berpasukan

2004

    * Terbuka Bahrain - Juara Terbuka Wanita
    * Terbuka Sinai - Juara Wanita
    * ABF Tour (pusingan Thailand) - Juara Wanita
    * Terbuka Antarabangsa Malaysia - Juara Wanita
2005

    * Kejohanan Boling Komanwel ke-2 (Cyprus)
          o Pingat Emas Masters
          o Pingat Emas Bergu Campuran
          o Pingat Emas Berpasukan
          o Pingat Gangsa Berseorangan
    * Kejohanan Kebangsaan Malaysia - Juara Terbuka Wanita






source - wikipedia




Gaya seorang Juara Melayu

 

Seorang anak melayu yang berjaya dimata dunia.Mungkin agak mudah untuk mencapai tahap Juara bagi sesetengah orang,tetapi untuk mengekalkan Kejuaraan memang sukar.Bagi Shalin beliau telah membuktikan yang bangsa melayu juga boleh berjaya,gemilang dan terbilang dalam apa jua bidang jika disusuli dengan latihan dan semangat yang jitu.Syabas untuk Shalin.....Melayu Boleh!!








Related links in Melayu Boleh - Shalin Zulkifli :




Malaysian Tigers Info
Profesional Bowlers Association 





BuatDuitInternet.com

Stumble It!

Melayu Boleh - Perdana Menteri Malaysia Ke Enam

Posted by Blogger Boys on Tuesday, May 5, 2009


Melayu Boleh - Perdana Menteri Malaysia Ke Enam






Dato' Sri Mohd Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang.  Beliau telah mendapat pendidikan di St. John’s Institution, Kuala Lumpur dan Malvern Boy’s College, Worcestershire, England sebelum menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Ekonomi Perindustrian daripada Nottingham University.  Sekembalinya ke Malaysia pada 1974, beliau telah menyertai dunia korporat bila berkhidmat untuk satu waktu yang singkat dengan Bank Negara, kemudiannya beralih ke PETRONAS (perbadanan petroleum negara) sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam.  Namun pemergian Tun Abd Razak secara tiba-tiba itu telah merobah corak kehidupan beliau secara dramatik.


Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak  adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke enam berkuatkuasa mulai 3hb. April, 2009.Beliau merupakan Presiden UMNO dan  anak sulong kepada Perdana Menteri Kedua Malaysia.

Beliau memulakan perjuangannya dalam politik apabila pertama kali terpilih ke Dewan Rakyat pada tahun 1976 mewakili kawasan Parlimen Pekan pada umur 23 tahun. Di awal tahun 1981, beliau terpilih ke Majlis Tertinggi UMNO, sebelum memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1982. Seterusnya beliau berjaya memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1988.


Pada usia 25 tahun, beliau merupakan timbalan menteri yang termuda di dalam Kabinet Malaysia apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada tahun 1978. Pelbagai portfolio dijawat oleh beliau sebelum memegang jawatan Menteri Pertahanan dan seterusnya dilantik Timbalan Perdana Menteri oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Program Latihan Khidmat Negara adalah aspirasi beliau dalam membentuk remaja Malaysia yang berdisiplin dan mempunyai jati diri. Program ini hanya untuk remaja yang berusia 18 tahun ke atas dengan motto "Satu Hasrat, Satu Semangat, Satu Tekad".

1Malaysia adalah aspirasi beliau yang terkini. Beliau mahu seluruh rakyat di Malaysia dikenali sebagai Bangsa Malaysia dan bukan bangsa Melayu, Cina, India, Bajau, Murut dan sebagainya. 1Malaysia berhasrat mewujudkan keharmonian yang lebih mendalam sesama rakyat tanpa mengira apa bangsa mereka.Tetapi sejak akhir-akhir ini, terdapat penulis dan media bukan Melayu yang mempolemikkan perkara itu dengan fokus utamanya membawa pembaca kepada persoalan adakah itu bermakna dasar-dasar afirmatif kerajaan tidak akan diteruskan.Dengan kata lain, mereka cuba mempersoalkan hak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan bagi menimbulkan kecelaruan dalam pemikiran umum dengan menggambarkan seolah-olah bukan Melayu dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Buat masa ini tidak menghairankan bagi seseorang itu melihat orang Cina memakai baju Melayu atau wanita Melayu memakai cheong sam atau orang India memakai baju kurung melalui proses peminjaman budaya itu.( read more....)

Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak adalah antara contoh atau ikon - anak melayu yang berjaya dalam bidang politik .Tahniah untuk Datuk Seri......Melayu Boleh...!!






Related links in Melayu Boleh - Perdana Menteri Malaysia Ke Enam:




1Malaysia
Program Latihan Khidmat Negara
Bernama




BuatDuitInternet.com

Stumble It!
Subscribe to: Posts (Atom)