Blog Melayu Boleh

Blog Melayu Boleh memaparkan aspirasi, perjuangan, kejayaan dan isu-isu hangat komuniti melayu yang mencipta nama di Malaysia dan di luar negara.Blog Melayu Boleh antara yang Terkini, Terhangat dan Terhebat.Semuanya di Blog Melayu Boleh.

Subscribe

Azizulhasni Awang

Posted by Blogger Boys on Saturday, October 31, 2009

Azizulhasni Awang-Piala Dunia Klasik Siri 1


CABARAN pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang beraksi di Piala Dunia Klasik Siri 1 di Manchester terkandas seawal pusingan pertama menerusi acara keirin.






Azizul yang mewakili pasukan BTA Australia dikenakan denda atas alasan memasuki lorong lawan sewaktu turun pada pusingan kelayakan. Denda itu mengakibatkan Azizul berada di tempat terakhir perlumbaan yang berpihak kepada Pervis Fran├žois dan Ceci Francesco dari Itali.



Azizul kemudian terpaksa turun sekali lagi, bersaing pada pusingan ‘repechage’, tapi hasrat pelumba muda negara itu memburu pingat pertamanya dalam acara kegemarannya itu tidak kesampaian apabila sekadar menduduki tempat ketiga yang hanya menyaksikan seorang pelumba saja layak beraksi pada saingan seterusnya.

Seorang lagi wakil negara, Mohd Hafiz Sufian yang bersaing dalam acara keirin turut gagal melayakkan diri ke pusingan kedua.



Begitupun Azizul masih berpeluang bertemu juara dunia yang juga pemenang pingat emas Olimpik, Chris Hoy apabila turun beraksi dalam acara pecut, hari ini.



Sementara itu, langkah Fatehah Mustapa yang turun dalam acara pecut wanita turut terhenti seawal pusingan pertama selepas merekodkan 12.138s untuk berada di kedudukan ke-23 daripada 26 pelumba.

Stumble It!
Subscribe to: Posts (Atom)