Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Penyanyi No 1 Asia - Tribute To Sudirman (Melayu Boleh)

Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1955-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi melayu yang terkenal di Malaysia, Dikatakan penghibur nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Beliau telah diberi jolokan sebagai Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia.
Sudirman dilahirkan pada tahun 1954 di Temerloh, Pahang. Anak kepada Haji Arshad yang merupakan seorang bapa penoreh getah bersebelahan dengan rumahnya. Pada tahun 1980 Sudirman telah menerima ijazah doktor falsafah undang-undang dari Universiti Malaya (UM).

Semasa hayatnya Sudirman pernah memenangi anugerah Bintang RTM tahun 1977. Beliau pernah membintangi filem Kami sebagai Tookoo (berbunyi "Tuku"). Pada tahun 1986 Sudirman telah mengadakan persembahan konsert sulungnya dihadapan 100,000 orang penonton di Chow Kit, Kuala Lumpur. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Chow Kit Road.
Konsert Di Chow Kit Road,Kuala Lumpur
Tahun 1989 merupakan hari bersejarah bagi rakyat Malaysia apabila Sudirman telah dinobatkan sebagai Anugerah Penghibur Terbaik Asia tahun 1989 di Royal Albert Hall, London. Beliau kini dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai anak melayu yang menjadi Penghibur nombor 1 negara dan Asia.
Tanggal 22 Februari 1992, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya di Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit pneumonia. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr Mahathir Mohammad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan melayu tanah air. Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Temerloh.

“Tribute To Sudirman” yang akan berlangsung pada 5hb sehingga 7hb Jun 2009 dengan kerjasama Istana Budaya. Konsert yang dijayakan oleh beberapa artis tempatan tanahair ini akan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Ia akan menampilkan lagu-lagu hits daripada Allahyarham Sudirman Hj Arshad.Konsert ini diadakan bagi mengenang jasa-jasa Allahyarham Sudirman Hj Arshad di persada seni Negara, dengan anugerah dan pencapaian Allahyarham semasa hayatnya. Anak melayu yang berjiwa seni, yang tidak boleh ditukar ganti, yang sentiasa diingati setiap kali lagunya berkumandang diradio sehingga masakini. Ianya satu penghormatan besar kepada Allahyarham Sudirman Hj Arshad.Konsert ini juga direka bersesuaian dengan peminat muzik Allahyarham Sudirman Hj Arshad ketika hayatnya masih ada. Diharap dengan adanya konsert ini,jasa-jasa Allahyarham Sudirman Hj Arshad dipersada hiburan melayu akan dikenang dan berada di hati peminatnya sampai bila-bila.Al-Fatihah....!!
Penyanyi No 1 Asia - Tribute To Sudirman (Hindi Song)
Penyanyi No 1 Asia - Tribute To Sudirman (Salam Terakhir)

Related links in Penyanyi No 1 Asia - Tribute To Sudirman (Melayu Boleh):
Tribute To Sudirman Hj Arshad
MySpace-Sudirman Hj Arshad
The Star OnLine
Box Office Malaysia

Labels:
Hiburan,
melayu boleh,
Sudirman Hj Arshad
Seniman Melayu Terunggul - Tan Sri P.Ramlee


Jumaat 29 Mei 2009, genaplah 36 tahun pemergian seorang bintang dan seniman lagenda melayu, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Pemergiannya pada Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun, kini telah meninggalkan impak yang sangat besar terhadap industri hiburan dan perfileman melayu. Lagu-lagu ciptaannya serta filem-filem arahan dan lakonannya seringkali dijadikan kajian di beberapa universiti dan kolej perfileman. Bukan setakat itu sahaja, kebanyakkan filem-filemnya di ulang siar di beberapa saluran tv tempatan, samada tv1, tv3, tv9 dan astro.

Secara peribadi...entry ini khas untuk memperingati dan menghargai jaga Seniman Agung Melayu- Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam bidang muzik dan persada seni tanahair.Kesenimanan beliau ternyata kini telah memberikan warna dan corak yang gemilang pada dunia perfileman melayu suatu ketika dulu.Semasa hayatnya, P.Ramlee tidak pernah mendapat penghargaan sewajarnya atas segala jasa dan pengorbanan beliau dalam dunia seni tanahair.Sesudah beliau bersemadi di alam baqa, barulah masyarakat sedar betapa besarnya khidmat yang beliau curahkan dalam memperkayakan khazanah seni negara bukan sahaja dengan karya yang bersifat malar segar malah telah diakui melalui kajian-kajian yang dilakukan sepanjang masa diperingkat nasional dan juga peringkat antarabangsa.Mungkin agak keterlaluan untuk mengatakan bahawa P.Ramlee adalah seniman yang tiada tandingannya namun satu hakikat yang perlu diakui ialah sehingga hampir 35 tahun pemergiaannya, masih belum ada seorang insan seni yang mempunyai bakat yang serba boleh dalam pelbagai bidang – pelakon, pelawak, pengarah filem, penulis lirik, penggubah lagu dan pemain muzik.
Rumah Kelahiran Seniman Agung Melayu - Tan Sri P.Ramlee
Semasa di Jalan Ampas sejak bermulanya penglibatan P.Ramlee dalam bidang muzik dan seni lakon, lagu-lagu nyanyian beliau mula diminati seawal tahun 50-an. Lagu-lagu melayu yang menggunakan suaranya dalam filem oleh hero pada masa itu seperti S Roomai Noor, contohnya Juwitaku Sayang dari Filem Pembalasan (1950) menjadi siulan anak-anak muda di Tanah Melayu dan Indonesia pada ketika itu. Dalam bidang muzik, P.Ramlee banyak belajar daripada komposer-komposer terkenal seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, Yusoff B dan Osman Ahmad.
Kad Pengenalan Seniman Agung Melayu - Tan Sri P.Ramlee
Sebenarnya bila berbicara mengenai kegemilangan filem melayu di zaman 50-an hingga 60-an, seniman-seniman dan seniwati-seniwati yang seangkatan dengan P.Ramlee tidak harus ditinggalkan. Sekadar menyebut beberapa nama seperti Ahmad Mahmud, Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar, Salleh Kamil, Aziz Sattar, Haji Mahadi, S Shamsuddin, Daeng Idris, Udo Umar, Ahmad Nisfu, Ibrahim Hassan, H M Busra, Ali Fiji, Ahmad C dan A Rahim (sekadar menyebut beberapa contoh) manakala seniwatinya pula seperti Normadiah, Saadiah, Rahmah Rahmat, Hasyimah Yon, Sarimah, Zaiton dan Saloma juga perlu disentuh peglibatan mereka dalam dunia perfileman semasa era kegemilangan filem melayu di Jalan Ampas.
Melodi yang sama...versi yang berbeza...!!
A Tribute To The Legend - Nujum Pak Belalang
A Tribute To The Legend - Seloka Belalang
P.Ramlee dan khazanah karyanya dalam bidang muzik dan filem yang begitu banyak tidak boleh dianggap sebagai nostalgia semata-mata. Ini kerana P. Ramlee kepada generasi hari ini melampaui sebuah nostalgia.P.Ramlee semacam telah mendokumentasikan banyak isu-isu sosial pada zamannya dan boleh dijadikan rujukan untuk melihat kematangan berfikir seorang seniman yang merentasi hidup penuh warna.Pemergian P.Ramlee 36 tahun lalu memang sukar untuk dilupakan. Apabila tiba saja 29 Mei maka bertambah lagi setahun pemergian seniman agung itu.Angka 36 tahun mungkin terlalu lama bagi kita. Namun selama mana angka itu terus berganjak, ingatan terhadap P. Ramlee tidak luput dalam ingatan peminat-peminatnya.
Itulah keistimewaan yang dikecapi oleh insan hebat sepertinya. Setiap tahun ada sahaja acara dan sambutan dibuat untuk menghargai jasa yang telah dicurahkan selama ini.Jasa seorang anak melayu yang serba boleh dalam memartabatkan industri perfileman melayu.

Related links in Seniman Melayu Terunggul-Tan Sri P.Ramlee:

Labels:
Hiburan,
melayu boleh,
P.Ramlee
Subscribe to:
Posts (Atom)
Support Us
This site is originally made for 2009 SEO contest by Forum JomBincang. The key phrase for this contest is Melayu Boleh. The aim of the contest is to remove rubbish site of Melayu Boleh from top 10 of google.
---------------------------------
"Ketokohan dan semangat orang-orang melayu perlu di uar-uarkan, semua pandangan negatif masyarakat luar terhadap melayu boleh adalah porno dan lucah perlu dihapuskan…..Copy dan Paste kod di bawah ke dalam blog anda sebagai tanda sokongan anda untuk bersihkan keyword "Melayu Boleh"di enjin carian Google.TQ"
Links
Sponsor Links
Labels
- Ahli Sukan (2)
- Angkasawan Negara (1)
- Azizul Hasni (2)
- buisness (1)
- Hiburan (2)
- Irfan Khairi (1)
- Jutawan Melayu (1)
- melayu boleh (10)
- Najib Tun Razak (1)
- P.Ramlee (1)
- pengenalan (1)
- Rasul Melayu (1)
- Shalin Zulkifli (1)
- Sheikh Muzaffar (1)
- Sudirman Hj Arshad (1)
- Tokoh Politik (2)
- Tun Mahathir Mohamad (1)













