Blog Melayu Boleh

Blog Melayu Boleh memaparkan aspirasi, perjuangan, kejayaan dan isu-isu hangat komuniti melayu yang mencipta nama di Malaysia dan di luar negara.Blog Melayu Boleh antara yang Terkini, Terhangat dan Terhebat.Semuanya di Blog Melayu Boleh.

Subscribe

Seniman Melayu Terunggul -Tan Sri P.Ramlee

Posted by Blogger Boys on Sunday, May 31, 2009


Seniman Melayu Terunggul - Tan Sri P.Ramlee







Jumaat 29 Mei 2009, genaplah 36 tahun pemergian seorang bintang dan seniman lagenda melayu, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Pemergiannya pada Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun, kini telah meninggalkan impak yang sangat besar terhadap industri hiburan dan perfileman melayu. Lagu-lagu ciptaannya serta filem-filem arahan dan lakonannya seringkali dijadikan kajian di beberapa universiti dan kolej perfileman. Bukan setakat itu sahaja, kebanyakkan filem-filemnya di ulang siar di beberapa saluran tv tempatan, samada tv1, tv3, tv9 dan astro.








Secara peribadi...entry ini khas untuk memperingati dan menghargai jaga Seniman Agung Melayu- Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam bidang muzik dan persada seni tanahair.Kesenimanan beliau ternyata kini telah memberikan warna dan corak yang gemilang pada dunia perfileman melayu suatu ketika dulu.Semasa hayatnya, P.Ramlee tidak pernah mendapat penghargaan sewajarnya atas segala jasa dan pengorbanan beliau dalam dunia seni tanahair.Sesudah beliau bersemadi di alam baqa, barulah masyarakat sedar betapa besarnya khidmat yang beliau curahkan dalam memperkayakan khazanah seni negara bukan sahaja dengan karya yang bersifat malar segar malah telah diakui melalui kajian-kajian yang dilakukan sepanjang masa diperingkat nasional dan juga peringkat antarabangsa.Mungkin agak keterlaluan untuk mengatakan bahawa P.Ramlee  adalah seniman yang tiada tandingannya namun satu hakikat yang perlu diakui ialah sehingga hampir 35 tahun pemergiaannya, masih belum ada seorang insan seni yang mempunyai bakat yang serba boleh dalam pelbagai bidang – pelakon, pelawak, pengarah filem, penulis lirik, penggubah lagu dan pemain  muzik.


Rumah Kelahiran Seniman Agung Melayu - Tan Sri P.Ramlee



 Semasa di Jalan Ampas sejak bermulanya penglibatan P.Ramlee dalam bidang muzik dan seni lakon, lagu-lagu nyanyian beliau mula diminati seawal tahun 50-an.  Lagu-lagu melayu yang menggunakan suaranya dalam filem oleh hero pada masa itu seperti S Roomai Noor, contohnya Juwitaku Sayang dari Filem Pembalasan (1950) menjadi siulan anak-anak muda di Tanah Melayu dan Indonesia pada ketika itu.  Dalam bidang muzik, P.Ramlee banyak belajar daripada komposer-komposer terkenal seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, Yusoff B dan Osman Ahmad. 



 
Kad Pengenalan Seniman Agung Melayu -  Tan Sri P.Ramlee



Sebenarnya bila berbicara mengenai kegemilangan filem melayu di zaman 50-an hingga 60-an, seniman-seniman dan seniwati-seniwati yang seangkatan dengan P.Ramlee tidak harus ditinggalkan.   Sekadar menyebut beberapa nama seperti Ahmad Mahmud, Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar, Salleh Kamil, Aziz Sattar, Haji Mahadi, S Shamsuddin, Daeng Idris, Udo Umar, Ahmad Nisfu, Ibrahim Hassan, H M Busra, Ali Fiji, Ahmad C dan A Rahim (sekadar menyebut beberapa contoh) manakala seniwatinya pula seperti Normadiah, Saadiah, Rahmah Rahmat, Hasyimah Yon,  Sarimah, Zaiton dan Saloma juga perlu disentuh peglibatan mereka dalam dunia perfileman semasa era kegemilangan filem melayu di Jalan Ampas.



Melodi yang sama...versi yang berbeza...!!


A Tribute To The Legend - Nujum Pak Belalang







A Tribute To The Legend - Seloka Belalang




P.Ramlee dan khazanah karyanya dalam bidang muzik dan filem yang begitu banyak tidak boleh dianggap sebagai nostalgia semata-mata. Ini kerana P. Ramlee kepada generasi hari ini melampaui sebuah nostalgia.P.Ramlee semacam telah mendokumentasikan banyak isu-isu sosial pada zamannya dan boleh dijadikan rujukan untuk melihat kematangan berfikir seorang seniman yang merentasi hidup penuh warna.Pemergian P.Ramlee 36 tahun lalu memang sukar untuk dilupakan. Apabila tiba saja 29 Mei maka bertambah lagi setahun pemergian seniman agung itu.Angka 36 tahun mungkin terlalu lama bagi kita. Namun selama mana angka itu terus berganjak, ingatan terhadap P. Ramlee tidak luput dalam ingatan peminat-peminatnya.



Itulah keistimewaan yang dikecapi oleh insan hebat sepertinya. Setiap tahun ada sahaja acara dan sambutan dibuat untuk menghargai jasa yang telah dicurahkan selama ini.Jasa seorang anak melayu yang serba boleh dalam memartabatkan industri perfileman melayu.











Related links in Seniman Melayu Terunggul-Tan Sri P.Ramlee:








Stumble It!

0 comments:

Subscribe to: Post Comments (Atom)