Blog Melayu Boleh

Blog Melayu Boleh memaparkan aspirasi, perjuangan, kejayaan dan isu-isu hangat komuniti melayu yang mencipta nama di Malaysia dan di luar negara.Blog Melayu Boleh antara yang Terkini, Terhangat dan Terhebat.Semuanya di Blog Melayu Boleh.

Subscribe

Rasul Melayu

Posted by Blogger Boys on Saturday, October 31, 2009

Rasul Melayu




Akhirnya jatuhlah hukuman ke atas Abdul Kahar yang mendakwa dirinya adalah 'Rasul Melayu'.Hukuman yang dikenakan kepada beliau ialah didenda sebanyak RM16,500,penjara 10 tahun dan sebatan sebanyak 6 kali.Selain itu juga, ini adalah antara hukuman yang terberat pernah disabitkan dalam sejarah kes penyebaran ajaran sesat...

Sebaik hukuman dibacakan oleh hakim, anak-anak rasul melayu berkumpul di belakang kandang tertuduh, sambil memeluk bapa mereka dan menangis mengenangkan hukuman yang dijatuhkan kepada bapa mereka Kerana terlalu marah, salah seorang anak lelaki Abdul Kahar telah menunjukkan isyarat lucah menggunakan tangan ke arah hakim.

Anak Abdul Kahar ini juga telah ditahan oleh penguatkuasa JAIS selepas dia keluar dari mahkamah kerana menghina mahkamah..Selain itu juga, anak Abdul Kahar ini juga adalah salah seorang suspek yang dikehendaki oleh JAIS atas tuduhan menyebarkan ajaran sesat yang dibawa bapanya.

Dibawah ialah berita yang dipetik dari Harian Metro tak berapa lama dulu.

Harian Metro 18 Mei 2008

KUALA LUMPUR: Bukan sengaja menghilangkan diri, tapi sama dengan tindakan Nabi Muhammad SAW yang bersembunyi di Gua Hira’ apabila diburu golongan musyrikin Makkah.

Itulah kenyataan karut Zul Helmi Abdul Kahar, anak sulung Abdul Kahar Ahmad yang menyebarkan ajaran sesat dengan menggelar dirinya ‘Rasul Melayu’, mengenai kegagalan ayahnya hadir di mahkamah untuk dibicarakan, kali terakhir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, 23 April lalu.

Zul Helmi, 33, berkata demikian kepada Metro Ahad (MA) melalui perbualan di ruang sembang Internet. Metro Ahad sebelum itu berusaha mengatur pertemuan dengan Zul Helmi dalam usaha mendapat komennya mengenai kehilangan Abdul Kahar.

Beliau setuju diwawancara tapi hanya melalui Internet dan tidak mahu bersemuka dengan alasan bimbang kehadiran pihak berkuasa. Berikut sedutan wawancara itu.

MA: Di mana ayah saudara sekarang? Pihak berkuasa mencari beliau bagi kes yang dibicarakan di mahkamah. Adakah beliau bersembunyi daripada pihak berkuasa?

Zul Helmi (ZH): Sama seperti Nabi Muhammad sebelum ini. Berlaku kejadiannya terhadap bapa saya. Nabi Muhammad juga diburu orang musyrikin di Makkah ketika itu untuk membunuhnya dan memenjarakannya atau hendak menyalibnya serta menyingkirkannya. Nabi Muhammad bersembunyi di Gua Hira’, Gua Thur dan beberapa tempat lagi bagi menyelamatkan dirinya daripada orang musyrikin itu.

MA: Adakah ini bermakna ayah saudara tidak berani bersemuka dan menegakkan pendirian dan perjuangannya secara terbuka di mahkamah, apatah lagi ini boleh dijadikan platform terbaik buat perjuangannya berikutan kes ini turut mendapat liputan media?

ZH: Nabi Musa sebelum ini juga antara orang yang benar di sisi Tuhan dan juga Nabi Muhammad. Mereka juga lari menyelamatkan diri daripada orang kafir itu yang berniat jahat terhadap rasul dan orang yang beriman dan ahli keluarganya.

Rasul dan orang beriman tidak memerlukan kepada manusia. Namun manusia memerlukan Rasul dan orang beriman bagi menyelamatkan diri mereka daripada azab pedih serta yang menghinakan atau membinasakan yang datang daripada Tuhan atau untuk masuk ke syurga.

MA: Sampai bila ayah saudara akan menghilangkan diri?

ZH: Hanya Tuhan yang tahu, tetapi bapa saya tetap meninggalkan kaumnya apabila sampai masanya dipanggil Tuhan.

Di dalam wawancara itu, Zul Helmi mengakui menjadi pengikut ajaran ayahnya kerana baginya, sesiapa yang tidak mengikuti ajaran Abdul Kahar adalah kafir. Bagaimanapun, dia menafikan bakal menjadi pengganti ayahnya untuk menyebarkan ajaran itu.

MA: Bagaimana penerimaan masyarakat Malaysia pada perjuangan bapa saudara?

ZH: Hanya segelintir yang beriman dan kebanyakan daripada mereka kafir.

MA: Maksud anda, sesiapa yang tidak menerima ajaran ayah saudara adalah kafir?

ZH: Benar. Oleh kerana ajaran bapa saya adalah ajaran Tuhan yang termaktub di dalam kitab suci al-Quran.

MA: Adakah ajaran ayah saudara dijamin akan diteruskan? Siapa akan meneruskan ajaran ini dan apakah kelayakan untuk meneruskan ajaran ini?

ZH: Apabila ayah saya diwafatkan Tuhan, manusia kena mencari jalan dan cahayanya sendiri untuk selamat daripada azab api neraka dan untuk masuk ke syurga. Terpulang kepada pihak berkuasa dan berwajib sama ada ajaran bapa saya diteruskan atau tidak. Hanya rasul dan orang beriman layak menyampaikan ajaran Tuhan kepada manusia.

MA: Saudara tidak mewarisi ayah saudara?

ZH: Saya hanya mengamalkan ajaran Tuhan yang disampaikan oleh bapa kepada saya.

MA: Saudara bukan pewaris Rasul atau Rasul seterusnya selepas ayah saudara?

ZH: Saya hanya mengamalkan ajaran Tuhan yang disampaikan oleh bapa kepada saya dan ahli keluarga.





Sekarang semua dah ditangkap...baguslah....rasul melayu dan anak rasul melayu ni dah pun kepenjara...moga apa yang berlaku dapat kita jadikan pengajaran...!!


Stumble It!

0 comments:

Subscribe to: Post Comments (Atom)